Breadcrumb

B1. BNM Fund for SMEs 2022-07-04

 

1. Dana BNM untuk PKS

Bank Negara Malaysia telah menyediakan kemudahan pembiayaan tambahan atau yang ditambah baik bagi memberikan bantuan dan menyokong pemulihan PKS. Susulan pengumuman Bajet 2022, BNM terus komited untuk menambahkan lagi peruntukan di bawah Dana BNM untuk PKS sebanyak RM4.5 bilion. Penambahan ini meningkatkan jumlah dana yang tersedia pada pertengahan bulan September 2021 kepada RM11.2 bilion.

Pilih kemudahan mengikut keperluan perniagaan anda.

DIKEMAS KINI

Kemudahan Bantuan dan Pemulihan Bersasar (TRRF)

Kemudahan pinjaman bernilai RM6 bilion ini ditambah sebanyak RM2 bilion kepada RM8 bilion bagi membantu PKS yang terjejas dalam sektor perkhidmatan. Kini di bawah TRRF yang dipertingkat, PKS boleh menggunakan hingga 30% daripada pembiayaan yang diluluskan untuk membayar balik pembiayaan perniagaan sedia ada (iaitu pembiayaan semula).

Kemudahan ini ditawarkan pada kadar sehingga 3.5% setahun dan tersedia melalui institusi kewangan peserta, dengan perlindungan jaminan oleh Credit Guarantee Corporation (CGC) atau Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Berhad (SJPP).

Kemudahan ini tersedia sehingga peruntukan digunakan sepenuhnya.

DITAMBAH BAIK

Kemudahan Teknologi Tinggi dan Hijau (HTG)

Kemudahan bernilai RM800 juta ini bertujuan untuk membantu PKS dan syarikat permulaan yang inovatif dalam mengembangkan perniagaan mereka serta melabur dalam sektor strategik dan bidang teknologi (teknologi digital, teknologi hijau dan bioteknologi) untuk pemulihan ekonomi yang mampan.

Kemudahan ini ditawarkan pada kadar faedah pembiayaan sehingga 3.5% setahun untuk pembiayaan tanpa jaminan atau sehingga 5% setahun termasuk fi jaminan (dengan perlindungan jaminan daripada Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) atau Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Berhad (SJPP).

Kemudahan ini tersedia sehingga 31 Disember 2023.

DIKEMAS KINI

Kemudahan Automasi dan Digital PKS (ADF)

Kemudahan bernilai RM1 bilion ini bertujuan memberi insentif kepada PKS untuk mengautomasikan proses dan mendigitalkan operasi untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapan. Kadar pembiayaan adalah hingga 4% setahun, termasuk yuran jaminan. Perlindungan jaminan disediakan oleh Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP).

Kemudahan ini disediakan sehingga peruntukan digunakan sepenuhnya.

Kemudahan Perusahaan Mikro (MEF)

Kemudahan bernilai RM500 juta ini bertujuan menyokong perusahaan mikro termasuk pekerja sambilan (gig workers) yang menggunakan platform digital dan pekerja yang bekerja sendiri. Kemudahan ini adalah untuk modal kerja dan perbelanjaan modal.

Kemudahan untuk Semua Sektor Ekonomi (AES)

Kemudahan ini bagi meningkatkan akses PKS kepada pembiayaan dan untuk menyokong pertumbuhan.

Kemudahan Pertanian Pemakanan (AF)

Kemudahan ini bagi meningkatkan pengeluaran makanan untuk Malaysia dan dieksport. Susulan pengumuman Bajet 2022, bagi pengeluaran agromakanan, peruntukan Kemudahan Agromakanan (AF) telah ditambah sebanyak RM500 juta menjadikan jumlah peruntukan sebanyak RM2 bilion.

Kemudahan Permodalan Semula Perniagaan (BRF)

Di bawah kemudahan ini, RM1 bilion diperuntukkan untuk menyokong PKS mengembangkan perniagaan tanpa meningkatkan tahap keberhutangan mereka ketika fasa pemulihan. Institusi kewangan peserta, terutamanya Institusi Kewangan Pembangunan, boleh menawarkan:

(a) pembiayaan dalam bentuk ekuiti, atau;

(b) pembiayaan hutang digabungkan dengan ekuiti dalam perkongsian dengan pembiaya ekuiti pihak ketiga (kewangan campuran).

Kemudahan berjumlah RM1 bilion ini tersedia daripada 3 Februari 2022 sehingga peruntukan habis digunakan.

Kemudahan Peralihan Karbon Rendah (LCTF)

Kemudahan sebanyak RM1 bilion akan diwujudkan berdasarkan pembiayaan yang setara bersama institusi kewangan peserta bagi membantu PKS menerapkan amalan lestari dan rendah karbon dalam operasi perniagaan mereka. Amalan ini termasuk peningkatan penggunaan bahan mentah yang lestari dan tenaga boleh diperbaharui serta penambahbaikan kecekapan tenaga yang digunakan oleh bangunan dan jentera. Kemudahan ini selaras dengan matlamat Kerajaan untuk mencapai sasaran ekonomi pelepasan karbon sifar bersih menjelang tahun 2050.

Kemudahan berjumlah RM1 bilion ini tersedia daripada 3 Februari 2022 sehingga peruntukan habis digunakan.

Pembiayaan Pelancongan PENJANA

Pembiayaan Pelancongan PENJANA diwujudkan untuk perniagaan dalam sektor pelancongan yang terjejas. Kerajaan telah menyediakan dana khusus di bawah inisiatif PENJANA untuk perniagaan dalam sektor pelancongan yang masih terjejas akibat pandemik.

Kini di bawah PTF yang dipertingkat, PKS boleh menggunakan hingga 50% daripada jumlah pembiayaan PTF yang diperoleh untuk membiayai semula pembiayaan perniagaan sedia ada. Penerima Kemudahan Bantuan Khas (SRF/SRF-i) dan/atau Pembiayaan PKS PENJANA (PSF/PSF-i) kini layak untuk memohon PTF.

Lain-lain Langkah Bantuan oleh Kerajaan

Selain Dana BNM, PKS juga boleh mengakses kemudahan pembiayaan dan lain-lain langkah bantuan yang diperkenalkan oleh Kerajaan.

Butiran terperinci boleh didapati di portal SMEinfo.

B2. Loan Repayment Assistance

2. Pakej Bantuan Bayaran Balik Pinjaman

Bank-bank komited dan bersedia untuk membantu individu dan PKS, termasuk perusahaan mikro, yang terjejas oleh Perintah Kawalan Pergerakan melalui pakej Bantuan Bayaran Balik Pinjaman terkini.

Bagi mendapatkan Bantuan Bayaran Balik Pinjaman ini, peminjam perlu menghubungi bank masing-masing dan membuat pilihan yang dikehendaki.

Maklumat lanjut boleh didapati melalui laman Pakej Bantuan Bayaran Balik Pinjaman.

B3. URUS Programme

3. Program Pengurusan & Ketahanan Kewangan

URUS merupakan pakej bantuan yang holistik untuk membantu para peminjam lebih mudah terjejas dan terus mengalami kesukaran aliran tunai akibat COVID-19. Pakej ini menawarkan sokongan pembangunan dan bantuan bayaran balik pinjaman, termasuk pelan kewangan mengikut individu (personalised financial plans), program pendidikan kewangan dan saluran untuk menambah pendapatan serta mendapatkan sokongan pembangunan lain melalui rujukan pada Rangkaian Sinergi Sosial AKPK.

Maklumat lanjut boleh didapati melalui laman Program URUS.

B4. Other Pandemic Counter-Initiatives 2021-10-29

4. Inisiatif Lain untuk Individu dan PKS

Maklumat lanjut tentang inisiatif ini, mana-mana yang relevan, akan dimaklumkan oleh persatuan perbankan dan insurans masing-masing.

DIKEMAS KINI

Program iTEKAD diperluas bagi menyokong lebih banyak usahawan mikro

Kerajaan telah memperuntukkan RM20 juta dalam Bajet 2022 untuk meningkatkan komponen modal permulaan program iTEKAD, bagi membantu usahawan mikro berpendapatan rendah untuk mengembangkan perniagaan mereka dengan lebih mampan.
Lagi...

DIKEMAS KINI

Perlindungan Tenang: Perlindungan untuk B40

Produk Perlindungan Tenang merupakan pelan insurans dan takaful asas yang menawarkan perlindungan kewangan terhadap kematian, kemalangan, kerugian akibat kebakaran dan banjir, dan lain-lain peristiwa yang tidak diingini. Lagi...

Bantuan penginsurans & pengendali takaful kepada pemegang polisi yang terjejas oleh pandemik COVID‑19.

Langkah membabitkan penangguhan premium insurans hayat/sumbangan takaful keluarga, fleksibiliti untuk mengekalkan/menghidupkan semula polisi, fleksibiliti untuk melengkapkan premium insurans am/sumbangan takaful, dan pencepatan proses tuntutan. Lagi...

4. RA Videos

Video

B5. Tips for SMEs

Tip untuk PKS

Koleksi video pendek yang diambil daripada webinar yang dianjurkan BNM