Breadcrumb

Sandbox Intro

 

Sandbox Pengawalseliaan dilancarkan oleh Bank Negara Malaysia pada bulan Oktober 2016, untuk menyediakan persekitaran pengawalseliaan yang kondusif bagi penggunaan fintech dan menggalakkan inovasi secara menyeluruh dalam sektor kewangan di Malaysia.

Memandangkan kemajuan fintech telah mendorong kepada pembentukan model dan penyelesaian perniagaan yang baharu, Sandbox Pengawalseliaan dapat menggalakkan inovasi dan penyampaian khidmat kewangan dengan memberikan fleksibiliti pada penyelesaian fintech yang menawarkan nilai sebenar untuk diuji dalam persekitaran pengeluaran atau persekitaran sebenar. Fleksibiliti sebegini akan disertai dengan perlindungan yang sewajarnya bagi memelihara kestabilan kewangan, integriti transaksi kewangan, memastikan amalan perniagaan yang saksama dan layanan yang adil terhadap pengguna.

Activity in the Sandbox

Aktiviti dalam Sandbox

(Setakat bulan Julai 2022)

109
Permohonan
yang dikemukakan
sehingga kini

Bilangan permohonan mengikut sektor

Insurans 30
Perkhidmatan Wang 24
Pembayaran 21
Perbankan & Pemberian Pinjaman 17
Lain-lain 17

(Jumlah pemohon terkumpul sejak penubuhan Sandbox Pengawalseliaan)

Pemohon-pemohon yang sedang diuji dalam Sandbox

Nama Syarikat Produk Tarikh Mula
DearTime Sdn Bhd DearTime June 2022
Vsure Tech Sdn Bhd Flexi-Fit Ogos 2021
Qoala Technology Sdn Bhd Qoala.app Mei 2021
Pru-BSN Takaful Sdn Bhd Pru-BSN Aman November 2020
Jirnexu Sdn Bhd RinggitPlus Oktober 2017

Sandbox Principles

Prinsip di Sebalik Sandbox

Pembentukan Rangka Kerja Sandbox dan usaha yang lebih luas oleh Bank untuk menggalakkan inovasi dalam perkhidmatan kewangan adalah berpandukan tiga prinsip utama:

Kesetaraan

Keseimbangan

Keberkecualian

Oleh itu, keperluan pengawalseliaan dan parameter risiko yang akan dikenakan pada peserta Sandbox akan ditentukan mengikut kes berdasarkan prinsip di atas.

Sandbox - right for you?

Adakah Sandbox sesuai untuk anda?

Lakukan penilaian kendiri mudah untuk mengetahui sama ada Sandbox sesuai untuk anda.

Adakah model atau penyelesaian perniagaan yang anda cadangkan merupakan aktiviti yang dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia?

Adakah terdapat keperluan pengawalseliaan yang menjadi cabaran bagi model perniagaan anda?

Sandbox Pengawalseliaan tidak sesuai untuk anda. Sandbox digunakan sebagai saluran untuk Bank mempertimbangkan fleksibiliti pengawalseliaan yang boleh diberikan bagi menggalakkan perkembangan perkhidmatan kewangan yang inovatif dengan tawaran nilai sebenar yang jika tidak, perkembangannya mungkin akan disekat oleh pengawalseliaan. Oleh itu, model perniagaan anda perlu berada dalam lingkungan aktiviti dan entiti yang dikawal selia oleh Bank. Anda boleh merujuk halaman Pengawalseliaan untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pengawalseliaan Bank.

Adakah anda mempunyai rancangan perniagaan yang realistik, prototaip atau produk minimum berdaya maju, serta sumber yang mencukupi bagi menyokong pengujian produk anda dalam persekitaran pasaran sebenar?

Anda boleh mempertimbangkan untuk memohon ke Sandbox. Lawati halaman Panduan Permohonan Sandbox untuk maklumat lanjut.

Anda perlu terus memajukan dan mengembangkan perdagangan dan perniagaan bagi penyelesaian yang anda cadangkan sebelum memohon ke Sandbox.

Anda boleh merujuk halaman Pengawalseliaan untuk maklumat lanjut mengenai pengawalseliaan Bank.

Sandbox Pengawalseliaan tidak sesuai untuk anda. Sandbox digunakan sebagai saluran untuk Bank mempertimbangkan fleksibiliti pengawalseliaan yang boleh diberikan bagi menggalakkan perkembangan perkhidmatan kewangan yang inovatif dengan nilai sebenar yang jika tidak, perkembanganya mungkin akan tersekat oleh pengawalseliaan. Oleh itu, anda perlu mengenal pasti secara jelas pengawalseliaan yang mungkin akan menyekat perniagaan jika anda hendak memohon ke Sandbox Pengawalseliaan.

Sandbox tidak bersesuaian dengan anda.

 

Learn More--Regulatory Sandbox

Ketahui Lebih Lanjut Mengenai Sandbox

Memahami Peraturan Kawal Selia

Ketahui tentang peraturan kawal selia dan peranan Bank dalam sektor kewangan.

Kunjungi halaman

Panduan Permohonan Sandbox

Ketahui tentang permohonan dan proses penilaian Sandbox.

Kunjungi halaman

Lihat juga: Borang Permohonan Sandbox

Kisah Sandbox

Ketahui lebih lanjut tentang sejarah Sandbox.

Baca

Piawaian dan Garis Panduan

Senarai piawaian dan garis panduan yang dikeluarkan oleh Bank berkaitan dengan Sandbox Pengawalseliaan disediakan untuk rujukan orang ramai.

Kunjungi halaman

Soalan Lazim

Jika anda mempunyai soalan lanjut mengenai Sandbox Pengawalseliaan, anda mungkin mendapat jawapannya di halaman ini.

Kunjungi halaman

Fintech Booster

Ketahui lebih lanjut tentang program Fintech Booster Malaysian Digital Economy Corporation (MDEC).

Kunjungi laman web